LAWATAN KE WISMA SHELL BERI PENDEDAHAN KEPADA PELAJAR UUM COB REALITI DUNIA SEBENAR

on . Posted in Uncategorised

image005

PPA UUM COB – lawatan yang telah diaturkan oleh pihak Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business (PPA UUM COB) melibatkan 37 orang pelajar ke Wisma Shell, Cyberjaya pada 01 Jun 2015 telah membuka minda pelajar daripada pelbagai program di bawah UUM COB berkaitan dengan realiti dunia sebenar pekerjaan yang mereka akan hadapi kelak. Peluang mengikuti program lawatan ini amat bermakna kepada pelajar dimana mereka telah diberikan penerangan oleh setiap unit yang terdapat di bawah operasi Shell di Malaysia. Program ini juga telah memberikan ruang kepada pelajar untuk berinteraksi secara terus dengan pihak Shell terutamanya berkaitan dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan di bawah Shell.

Pelajar juga berpeluang untuk melihat dengan sendiri budaya dan operasi Shell. Melalui konsep "mentoring system" yang dilaksanakan di Shell iaitu bimbingan kepada kakitangan baru dimana konsep ini telah membentuk satu persekitaran kerja yang amat kondusif disamping fasiliti yang cukup lengkap dan aktiviti lain yang disediakan kepada kakitangan seperti sukan, kesihatan, kebudayaan, hari keluarga dan program toastmaster mewujudkan persekitaran kerja yang amat menarik. Pelajar merasakan amat teruja apabila diberi peluang untuk melawat setiap unit yang ada di Wisma Shell. Program separuh hari itu cukup bermakna kepada pelajar dalam merancang masa hadapan mereka di samping menyusun langkah dalam mencari tempat praktikum pada penghujung program akademik yang mereka ikuti di UUM. Bagi pihak PPA UUM COB, program seperti ini akan terus dilaksanakan terutamanya membawa pelajar ke organisasi multinasional bagi memberikan pendedahan kepada pelajar agar lebih bersedia sebelum mereka masuk ke dunia pekerjaan kelak.

Habis