Hasil Lawatan Naib Canselor ke Jepun-YNU Kirim Pelajar ke UUM

on . Posted in Latest news

Seramai 16 pelajar Jepun dari Yokohama National University (YNU) akan mengikuti kelas Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta Study Tour di Universiti Utara Malaysia (UUM) selama seminggu.

Mereka akan didedahkan dengan budaya Malaysia yang mana mereka akan bergaul dengan pelajar tempatan dan antarabangsa di UUM. Selain itu mereka juga akan mengendalikan sesi pengajaran bahasa Jepun kepada pelajar-pelajar UUM.

ā€ˇProgram ini adalah hasil daripada lawatan kerja Naib Canselor, Prof Dato' Wira Dr Mohamed Mustafa Ishak ketika beliau melawat YNU pada November tahun lalu.Pelajar-pelajar dan delegasi YNU tersebut diraikan oleh Naib Canselor dalam satu majlis ringkas di pejabat beliau pagi tadi. Turut hadir ialah Presiden YNU, Prof Suzuki Kunio, Timbalannya, Prof Mizoguchi Shuji, Pengarah Pejabat Antarabangsa YNU, Andrade Hisami dan pegawai-pegawai YNU.