KARNIVAL UUM COB 2015: MEMUPUK CIRI KEUSAHAWANAN DIKALANGAN PELAJAR

on . Posted in Uncategorised

cob day 2015

PPA UUM COB – Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business (PPA UUM COB) dengan kerjasama 14 kelab/persatuan di bawahnya telah berjaya melaksanakan Karnival UUM COB mulai 05 hingga 07 Mei 2015. Program ini diadakan bukan sahaja untuk memperkenalkan program dan persatuan di bawah UUM COB sebaliknya adalah sebagai kaedah memupuk serta menanam ciri keusahawanan dikalangan pelajar. Program yang telah diadakan ini adalah merupakan acara tahunan dan pada tahun ini sambutan amat meriah melibatkan penyertaan pelajar UUM dan pihak luar.

Program yang diadakan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Zainal Abidin bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif, Seri Cenang Resort Langkawi Sdn. Bhd. Yang telah berkongsi perjalanan karier beliau sebagai seorang jurutera dengan pelajar dan beliau juga merupakan salah seorang yang mereka bangunan Dewan Penginapan Pelajar di UUM. Turut hadir semasa majlis tersebut adalah Yang Berusaha Prof. Dr. Rushami Zien Yusoff, Penolong Naib Canselor, UUM COB dan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COB Dr. Mohamad Farizal Rajemi.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang tiga hari berlangsungnya program ini antaranya adalah "How To Build Personality (Talk With Game)" dan "You Try & You Win (Q&A Sales Pitching)" bertujuan untuk membina keyakinan diri dan memupuk kreativiti pelajar dalam membuat jualan. Selain itu, terdapat gerai- gerai daripada kelab/persatuan di bawah UUM COB, Kempen Derma Darah, pameran Palapes UUM, pameran dan jualan kenderaan dan perkhidmatan klinik bergerak serta pameran daripada kelab "Global Buddies".Selain itu, pelajar turut didedahkan dengan peluang membina perniagaan melalui "Coffee Franchising Talk Opportunies" oleh kelab pemasaran (MarC).

Habis