HI-TEA BERSAMA NAIB CANSELOR DENGAN PELAJAR MOBILITI LUAR NEGARA

on . Posted in Uncategorised

HITEAMOBILITY

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dato' Wira Dr. Mohamed Mustafa Ishak bertemu dan beramah mesra dengan pelajar mobiliti semester kedua sesi 2014/2015 dalam Majlis Hi-Tea Naib Canselor Bersama Pelajar Mobiliti semalam.

Pertemuan melibatkan pelajar-pelajar mobiliti inbound dan juga outbound dari ketiga-tiga buah kolej akademik UUM antaranya dari negara Indonesia, Jepun, Korea Selatan ,Thailand dan Malaysia telah diadakan di Dewan Bankuet, Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS).Dalam pertemuan tersebut Naib Canselor dalam ucapannya berkata program mobiliti atau pertukaran pelajar adalah penting kepada universiti dan pelajar kerana dapat meningkatkan ranking universiti dan juga memberi pendedahan kepada pelajar terhadap persekitaran pembelajaran yang baharu dan berbeza.

"Ranking sesebuah insititusi di peringkat antarabangsa akan dapat ditingkatkan apabila lebih banyak program mobiliti pelajar dijalankan oleh sesebuah universiti dan pada masa yang sama turut memberi manfaat kepada pelajar yang terlibat terutamanya dalam memberi pendedahan dan pengalaman pembelajaran yang baharu dan berbeza, kefahaman budaya, bahasa serta bertemu rakan-rakan baharu," ujarnya.

Beliau turut menegaskan agar pelajar yang terlibat dalam program mobiliti ini untuk mengikuti kursus yang mana tidak ditawarkan di universiti tempat mereka belajar bagi memperoleh pengetahuan baharu dan juga mengambil peluang yang ada untuk belajar mengenali budaya dan pengalaman baru di negara orang. Selain itu beliau juga berkongsi pengalamannya mengikuti program mobiliti pelajar di Jepun semasa menuntut di universiti dahulu.

Habis.