COB SASAR PROJEK BERIMPAK TINGGI BAGI TAHUN 2019

on . Posted in Latest news

KPO 2018PPA UUM COB ONLINE: Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) dan program kemasyarakatan disertai oleh 17 kelab dan persatuan melibatkan 40 pelajar dalam kalangan ahli Majlis Tertinggi kelab/persatuan UUM COB telah berlangsung tanggal 18 hingga 20 Oktober 2018 bertempat di Aseania Hotel and Resorts, Langkawi.

Setiap pelajar didedahkan dengan sesi taklimat berkaitan kewangan, dokumentasi dan penyediaan almanak. Apa yang menarik, pelajar juga didedahkan dengan program kemasyarakatan dengan membantu membersihkan kawasan pesisir pantai Chenang dan berbakti di rumah anak-anak yatim Nur Kasih, Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Terdahulu mereka dibawa melawat Galeria Perdana yang menempatkan hadiah dan anugerah yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin dunia yang terkenal kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Prof Madya Dr. Hendrik Lamsali dalam ucapan perasmian menyeru Ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan tentang pentingnya pelajar yang telah dilantik untuk berusaha menaikkan nama kelab dan persatuan yang disertai oleh mereka.

“Jadikan kelab dan persatuan yang kita anggotai sebagai salah satu medium mencurah idea serta platform dalam perkembangan sahsiah dan akademik" tegas beliau.

Dr. Hendrik juga menekankan supaya kelab dan persatuan perlu peka dan memastikan aktiviti yang dianjurkan perlu mengambilkira empat perkara utama iaitu ‘Technology Driven’, ‘Industrial Based’, ‘Community Engagement’, dan ‘Oversea Experience’ atau singkatannya TICO.

Persaingan yang sihat antara kelab-kelab dan persatuan ini berupaya menggalakkan ahli-ahli untuk mempelbagaikan aktiviti yang menarik dan berimpak tinggi serta berdaya saing selaras dengan Pelan Strategik Universiti iaitu untuk membangunkan pelajar secara holistik.

Sementara itu, dalam ucapan rumusan Dekan PPA COB, Dr. Hendrik berkata, beliau berharap agar program itu bukan sahaja dapat membantu pelajar untuk lebih mahir dalam menguruskan organisasi sesuatu kelab dan persatuan tetapi secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara ahli jawatankuasa kelab/persatuan pelajar, penasihat dan juga pihak pengurusan Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni, UUM COB.

“Semua pemimpin persatuan perlu mengambil tanggungjawab membawa ahli kelab dan persatuan dengan memupuk ciri-ciri ‘global citizen’, menjadi ‘nation builder’ dan mengambil berat kebajikan dan soal pembangunan akademik 'fellow students', ujarnya lagi.

Tamat

Mobile QR Code

mobile qr

Our Location

peta

CAMPUS MAP


peta kampus  peta kampus 2

  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now »
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48