TAKLIMAT PERSEDIAAN PRAKTIKUM SESI A172

on . Posted in Latest news

taklimatPPA COB ONLINE – Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business, (PPA COB), telah menganjurkan Taklimat Persediaan Praktikum kepada 198 pelajar COB yang akan menjalani praktikum pada semester A172 (September 2018).

Taklimat yang bertempat di DKG 2/2 telah disampaikan oleh En. Khairul Anuar Adnan, Penyelaras Praktikum PPA COB. Tujuan utama dianjurkan adalah untuk memberikan penerangan tentang peraturan-peraturan am praktikum antaranya seperti objektif praktikum, kelayakan praktikum, syarat-syarat tukar tempat, persediaan kewangan, etika dan disiplin pelajar sewaktu menjalani praktikum dan lain-lain.

Dekan PPA COB, Dr. Hendrik Lamsali dalam ucapan alu-aluannya juga turut menekankan para pelajar supaya sedar tentang tanggungjawab mereka kepada universiti dan organisasi mereka menjalani praktikum.

Dalam masa yang sama, sebagai persediaan utama pelajar perlu mempunyai ketahanan diri dan mental dalam menghadapi sebarang bentuk cabaran dan dugaan sepanjang menjalani praktikum. Ini kerana pelajar akan berdepan dengan dunia pekerjaan sebenar yang pastinya merupakan sesuatu yang baru kepada mereka.

Sesi taklimat ini juga turut membuka slot perkongsian daripada En. Shamsor Anor Ahmad, Pengurus Kelab Golf Bina Darul Aman (BDB) yang juga merupakan alumni Bidang Pengurusan Perniagaan (1993).

Selari dengan penekanan yang dibuat oleh Dekan PPA COB, beliau turut mencadangkan agar graduan kini seharusnya memberikan komitmen penuh sewaktu menjalani praktikum.

“Pelajar praktikum seharusnya mengambil peluang keemasan ini untuk menunjukkan bakat dan kebolehan supaya pihak organisasi lebih berminat untuk menawarkan pekerjaan hakiki kepada mereka ”. Ujarnya.

Selain itu, beliau juga turut menekankan keperluan untuk menepati waktu yang ditetapkan, tidak menolak apabila diberikan sebarang jenis tugasan serta ‘multi skill’ adalah satu kelebihan.

Program turut dihadiri oleh Dr. Muhammad Rosni Amir Hussin, Penyelaras Praktikum dan staf PPA yang lain. Taklimat yang berlangsung selama lebih dua jam ini tamat pada jam 5.00 petang.

Habis

Mobile QR Code

mobile qr

Our Location

peta

CAMPUS MAP


peta kampus  peta kampus 2

  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now »
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48