PROGRAM INTERAKSI DAN JAMUAN IFTAR BERSAMA PEMIMPIN KELAB/PERSATUAN PPA UUM COB 2018

on . Posted in Latest news

majlis iftar 2018PPA COB ONLINE: Program Interaksi dan Jamuan Iftar bersama Pemimpin Kelab/Persatuan PPA UUM COB telah diadakan pada 22 Mei 2018 (Selasa) bertempat di EDC Hotel & Resorts, UUM. Majlis ini bertujuan untuk berinteraksi dengan wakil daripada ahli 16 Kelab/Persatuan, wakil MPP, Wakil Pelajar Beta Gamma Sigma dan pelajar B40 serta memberi penghargaan kepada Kelab/Persatuan UUM COB atas usaha dan kerja kuat ahli kelab /persatuan dalam menjayakan tugasan atau projek yang telah dirancang pada 6 bulan pertama bagi tahun 2018.

Dalam ucapan ringkas Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business (PPA UUM COB), Dr. Hendrik bin Lamsali, beliau berterima kasih kepada semua persatuan dan kelab di bawah PPA UUM COB kerana telah menunjukkan usaha dalam meningkatkan prestasi program yang dianjurkan. Beliau juga berharap agar program-program selepas ini lebih berdaya saing serta memberi impak yang tinggi selaras dengan objektif penubuhan kelab di bawah Pusat Pengajian.

Bagi memantapkan lagi hala tuju program pelajar, Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman, Timbalan Dekan Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COB merangkap Ketua Unit Aktiviti Pelajar PPA UUM COB telah memberi taklimat dan membuka sesi interaksi bersama pelajar untuk bersama-sama melihat dan menambahbaik program yang bakal dijalankan.

Bagi menyuntik semangat para ahli kelab/persatuan, sijil penghargaan dan anugerah telah diberikan kepada lima (5) kelab/persatuan yang bergiat aktif dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan memenuhi KPI yang telah ditetapkan.

Majlis juga diserikan dengan tazkirah ringkas bersempena Ramadan yang di sampaikan oleh Dr. Mohd Adib Bin Abd Muin.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelajar Pusat Pengajian UUM COB, Wakil Tetap Praktikum dan Kerjaya, Penasihat Kelab/Persatuan, pegawai dan kakitangan PPA UUM COB.

Majlis diakhiri dengan jamuan iftar .

PEMENANG BAGI PROJEK TERBAIK 6 BULAN PERTAMA BAGI TAHUN 2018:

Bil  Pemenang 
 1  KELAB PERAKAUNAN (NOVAC)

SMOKE RUN
1/5/2018
TASIK JITRA

 2  PERSATUAN PENGURUSAN EKSEKUTIF (MEC)

JIHAD IN EDUCATION: SUCCESS IS YOURS
14/4/2018
DMAS UUM

 3  KELAB PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (HRMC)

HR COMMUNITY ENGAGEMENT 3.0 : A STEP CLOSER TO ASLI PRIBUMI
20/4/2018
UUM

 4  GLOBAL BUDDIES CLUB (GBC)

INTERNATIONAL EXCHANGE STUDENT SUMMER CAMP 2.0 2018 (IESSUC)
5-7/4/2018
RUMAH ASUHAN NUR KASIH, KG. ULU MELAKA, LANGKAWI

 5  KELAB KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM (IFBA)

IFTAR FOR YOU
1-30 RAMADHAN 1439H (17 MEI – 14 JUN 2018)
KAFE INASIS UUM

Mobile QR Code

mobile qr

Our Location

peta

CAMPUS MAP


peta kampus  peta kampus 2

  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now »
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48