ALUMNI UUM KONGSI PENGALAMAN BANGUNKAN PEMIMPIN MASA HADAPAN

on . Posted in Latest news

13

UUM ONLINE: Alumni Universiti Utara Malaysia (UUM), Shazmi Ali Sardar Ali telah berkongsi ilmu dan pengalaman mengenai pembangunan pemimpin masa hadapan dari perspektif sumber manusia bersama mahasiswa UUM di Dewan Seminar A, Pusat Konvensyen semalam.

Syarahan Perdana Alumni bertajuk Developing Holistic Future Leaders: A Global HR Perspective diadakan sempena program lawatan sehari beliau ke UUM anjuran Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, College Of Business dengan kerjasama Pusat Alumni dan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan.

Beliau merupakan alumni Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia UUM dan berpengalaman luas dalam bidang sumber manusia dan kini merupakan Pengarah Sumber Manusia Kluster (Singapura, Thailand, Filipina, Malaysia & Brunei) syarikat biofarmaseutikal terkemuka dunia berusia 150 tahun, Pfizer.

Dalam syarahannya itu beliau antara lain berkongsi karier awalnya dalam bidang sumber manusia di pelbagai syarikat terkemuka.

Selain itu beliau turut berkongsi mengenai ciri-ciri pemimpin masa hadapan yang memerlukan seseorang itu untuk lasak, tangkas, mempunyai kemampuan untuk belajar perkara baharu, mempunyai minda global, membangunkan rakan kongsi dan tidak mudah putus asa.

Turut diadakan sesi soal jawab bersama mahasiswa.

Mobile QR Code

mobile qr

Our Location

peta

CAMPUS MAP


peta kampus  peta kampus 2

  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now »
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48