PERJUMPAAN DEKAN PPA COB BERSAMA PELAJAR BAHARU SESI A172

on . Posted in Latest news

pagePPA COB ONLINE: Perjumpaan Dekan PPA COB bersama pelajar baharu semester kedua sesi A172 telah berlangsung pada 27 Februari 2018 bertempat di DKG 2/1.

Perjumpaan ini bertujuan bagi memberikan maklumat berkaitan fungsi dan peranan PPA UUM COB sebagai organisasi yang menguruskan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kolej Perniagaan.



Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Dr. Hendrik bin Lamsali antara lain turut berpesan kepada pelajar supaya berusaha mencapai prestasi yang cemerlang bermula dari semester pertama dan terus berusaha mengekalkan kecemerlangan sehingga ke semester akhir.

“ Menjadi pelajar kelas pertama bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya ada usaha yang berterusan dan seimbang bermula dari semester pertama ”.

Tambah beliau lagi, setiap pelajar layak menjadi CEO, akan tetapi untuk menjadi CEO yang terbaik, pelajar bukan sahaja perlu bijak dalam pelajaran tetapi perlu mantapkan sahsiah dan insaniah yang mana boleh di terapkan melalui penglibatan dalam aktiviti kelab/persatuan.

Disamping peranan PPA UUM COB sedia ada seperti praktikum, urusan mobiliti dan aktiviti pelajar, Dr. Hendrik juga turut menerangkan serba sedikit mengenai Beta Gamma Sigma yang dikendalikan oleh Pejabat PPA UUM COB.

Di akhir taklimat, Dr. Hendrik sempat berpesan supaya setiap mahasiswa tanamkan dalam diri dengan semangat patriotik dan rasa sayangkan universiti.

Turut hadir Timbalan Dekan PPA, Penyelaras Praktikum PPA, dan staf PPA COB.

Habis

Mobile QR Code

mobile qr

Our Location

peta

CAMPUS MAP


peta kampus  peta kampus 2

  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now »
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48