PELAJAR SERONOK JADI BUDDIES - BANTU PELAJAR LUAR NEGARA

on . Posted in Latest news

Pelajar Seronok Jadi Buddies Bantu Pelajar Luar NegaraPPA UUM COB ONLINE: Sifat ramah mesra dan suka mengenali rakan baharu dari negara lain mendorong pelajar Sarjana Muda Kewangan, Nurul Izzati Md Rosli Shanarat, 22, menyertai Global Buddies Club (GBC).

GBC di bawah Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business (PPA UUM COB) berperanan membantu memudahkan pelajar luar negara yang menjalani aktiviti seperti program pertukaran pelajar di UUM.

“Setiap kali kunjungan pelajar mobiliti ke UUM masing-masing diberikan buddies untuk membantu memudahkan mereka menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu di UUM,” ujarnya.

Izzati turut berkongsi cerita mengenai pengalamannya bersama buddies dari China, Anna atau nama sebenarnya Wang Lei.

“Anna sangat peramah, masalah yang kami hadapi ketika kali pertama bersua ialah komunikasi kerana Anna tidak fasih berbahasa Inggeris namun begitu kami sedaya upaya cuba memahami antara satu sama lain

“Sepanjang Anna berada di sini saya membantu urusannya seperti memilih subjek yang akan membolehkan dia pindah credit di China nanti, tolong mencari kelas kerana mereka masih lagi tidak biasa dengan selok belok UUM yang luas.

“Hari pertama kali mereka ke kelas di SOIS, kelas sepatutnya bermula pukul 9:30 pagi namun begitu mereka sangat teruja dan meminta kami membawa mereka ke kelas seawal jam 8:30 pagi,” luahnya.

Anna antara 25 pelajar daripada 9 buah universiti dari seluruh daerah tanah besar China yang menjalani pengajian di bawah Pusat Pengajian Ekonomi, Perbankan dan Kewangan, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik serta Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Intan Syafinaz ini akan berada di UUM selama satu semester.

Menurut Pelajar Pharmaceutical Engineering dari China Xinhua University, Anna berasa bertuah dapat menerokai budaya Malaysia yang berbilang kaum, berkenalan dengan ramai kawan dari seluruh dunia dan belajar bahasa asing.

“Pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia sangat mengujakan, saya suka orang Malaysia yang baik, peramah dan suka menolong.

“Banyak kelebihan belajar di tempat orang, kita dapat melihat sendiri bagaimana budaya Malaysia, lebih berdikari, berjiwa kental dan matang dalam membuat keputusan,” luahnya.

“Ketika orientasi, saya mendapat Malaysia Buddy, Nurul Izzati yang banyak membantu sepanjang pengajian termasuk urusan pendaftaran, membeli barang keperluan, mencari tempat memandangkan semua urusan menggunakan bahasa Inggeris dan Melayu.

“Pelajar di sini ramah-tamah tetapi susah sikit nak berkomunikasi kerana berlainan bahasa dan menjadi satu kelebihan kepada pelajar yang boleh bertutur Bahasa Inggeris,” ceritanya.

Rutinnya sibuk dengan kuliah, tugasan juga diberi dalam bentuk pembentangan untuk meningkatkan komunikasi dan keyakinan diri selain barisan pensyarah yang sedia membantu jika menghadapi masalah sehingga kita tidak berasa segan untuk bertanya.

Padat dengan pengisian menarik, Anna memanfaatkan sesi berjumpa pensyarah, kawan-kawan, beriadah dan berjumpa dengan ramai orang yang berbilang bangsa dan agama.

“Saya bersyukur bukan sahaja dapat belajar perkara baharu dan menimba pengalaman berharga sebagai persediaan menghadapi cabaran pada masa depan,” katanya.

Manakala Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, College Of Business (UUM COB), Dr. Hendrik Lamsali berkata, peserta teruja menjalani pengajian di luar negara di samping dapat merasai kelainan budaya dan cara hidup di UUM.

“Bagi membantu pelajar dan memudahkan mereka menyesuaikan diri di UUM, masing-masing diberikan buddies yang terdiri daripada alumni mobiliti outbound UUM COB.

“Pelajar berpeluang meneroka keindahan kampus UUM yang menyediakan prasarana menarik seperti tasik, sukan equin dan go kart.

Beliau berharap pelajar dapat belajar dengan sempurna dan selesa dalam persekitaran UUM.

Mobile QR Code

mobile qr

Our Location

peta


  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now »
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48