NOVAC DIANGKAT SEBAGAI BADAN PELAJAR TERBAIK 2017

on . Posted in Latest news

NOVAC DIANGKAT SEBAGAI BADAN PELAJAR TERBAIK 2017UUM PPA COB ONLINE: Anugerah Badan Pelajar UUM COB 2017 atau singkatannya ABPCOB 2017 yang berlangsung pada 05 Disember 2017 bertempat di Dewan Angsana, EDC Hotels & Resorts telah menyaksikan 11 anugerah utama dipertandingkan.

Bertemakan uniform, majlis tahunan yang dianjurkan oleh PPA UUM COB diadakan bagi menghargai jasa dan pencapaian ahli-ahli kelab dan persatuan di bawah Kolej Perniagaan.

Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk meraikan 80 ahli majlis tertinggi kelab dan persatuan daripada 16 kelab dan persatuan yang selama ini bertungkus lumus mencurah idea dan keringat dalam melaksanakan projek dan program di bawah persatuan masing-masing sepanjang tahun 2017.

Pada malam penuh bersejarah itu, Kelab Perakaunan atau lebih dikenali dengan nama singkatan NOVAC sekali lagi telah menempa kejayaan bagi dua tahun berturut-turut dengan merangkul anugerah Badan Pelajar Terbaik untuk tahun 2017.

Turut diraikan pelajar-pelajar UUM COB yang telah menerima pelbagai pengiktirafan diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

Dalam ucapan perasmian, Dr. Hendrik Lamsali sempat meluahkan rasa bangga serta berpuas hati terhadap pencapaian kelab dan persatuan di bawah UUM COB. Beliau juga berharap agar lebih banyak projek dan program berimpak tinggi akan dapat dihasilkan pada tahun-tahun berikutnya.

Majlis ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Prof. Dr. Rushami Zien Yusof, Penasihat Beta Gamma Sigma UUM Chapter, wakil-wakil Dekan dari pusat pengajian COB, Jawatan Kuasa Pembangunan Pelajar dan Alumni Pusat Pengajian dan penasihat-penasihat kelab UUM COB.

Sebanyak 11 kategori utama telah dipertandingkan dan pada tahun ini dua anugerah baharu kategori individu iaitu Khidmat Komuniti dan Keusahawanan turut diperkenalkan.

Kategori Individu

BIL ANUGERAH PEMENANG
1 Kepimpinan Terbaik

Muhammad Ridhwan Othman

(Kelab Perakaunan -NOVAC)
2 Kepimpinan Harapan

Muhammah Fakhrul Ikmal  Kastari

(Persatuan Pelajar Ekonomi – ECOSA)
3 Tokoh Pelajar (Wacana Ilmu/Akademik)

Ooi Kee Sang

(Kelab Perakaunan – NOVAC)
4 Tokoh Pelajar (Komuniti)

Muhammad Taqi’uddin Mohd Hamzah Hamzah Murghayah

(Kelab Kewangan dan Perbankan Islam – IFBA)
5 Tokoh Pelajar (Keusahawanan)

Nur Farahani Mohamad Rajab

(Kelab Keusahawanan Korporat – ECC)

Kategori Badan Pelajar

BIL ANUGERAH PEMENANG
1 Badan Pelajar Terbaik Kelab Perakaunan – NOVAC
2

Program Terbaik

(Komuniti dan Kesukarelawan)

HR Community Engagement 2.0

(Kelab Pengurusan Sumber Manusia – HRMC)

3 Program Terbaik (Kepimpinan)

Northen Accounting Student Industrial Engagement Summit 2017 (NASIES 2017)

(Kelab Perakaunan – NOVAC)

4 Program Terbaik (Insaniah) UUM Islamic Festival 2017

Kerjasama antara:

Kelab Kewangan dan Perbankan Islam – IFBA); Kelab Pentadbiran Muamalat – MUADS); Kelab Kewangan dan Perbankan – FABS); Persatuan Pengurusan Eksekutif – MEC); Kelab Keusahawanan Korporat – ECC)

5 Program Terbaik (Akademik) International Accounting Youth Camp 2017

(Kelab Perakaunan – NOVAC)

6 Program Terbaik (Sahsiah) Mahasiswa dan Hedonism: Nikmat atau Bencana

(Kelab Pentadbiran Muamalat – MUADS)

Dalam majlis ini juga PPA UUM COB turut memberi penghargaan bagi mengiktiraf jasa dan sumbangan Penasihat dan Presiden Kelab iaitu Anugerah Penasihat Terbaik 2017 dan Anugerah Khidmat Bakti. Penerimanya adalah seperti berikut:

BIL ANUGERAH PENERIMA
1 Penasihat Terbaik 2017 • Dr. Muhammad Rosni Amir Hussin
(Penasihat Kelab Perakaunan - NOVAC)
• En. Mohd Rasul Mohammad Noor 
(Penasihat Kelab Pengurusan Sumber Manusia - HRMC)
• Pn. Nor Sa’adah Sabudin 
(Penasihat Persatuan Pelajar Ekonomi – ECOSA)
2 Khidmat Bakti • Muhammad Ridhwan Othman 
(Kelab Perakaunan – NOVAC)
• Mohd Hasyraf Harun 
(Persatuan Pengurusan Eksekutif – MEC)
• Idris Abdullah
(Persatuan Kewangan dan Perbankan Islam – IFBA)

 

 

Mobile QR Code

mobile qr

Our Location

peta


  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now »
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48