KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI KOLEJ PERNIAGAAN 2017/2018

on . Posted in Latest news

KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI KOLEJ PERNIAGAAN 2017 2018UUM PPA COB – Usai sudah Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) 2017/2018 yang disertai oleh 16 kelab dan persatuan melibatkan 50 pelajar rata-rata dikalangan ahli majlis tertinggi kelab dan persatuan UUM COB.


Kursus yang menjadi acara tahunan untuk pemimpin baharu kelab dan persatuan itu telah diadakan selama dua hari bermula pada 17 November dan berakhir pada 18 November 2017 bertempat di EDC Hotels & Resorts UUM.
Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, Dr Hendrik Lamsali yang telah sudi meluangkan masa bagi merasmikan program ini sempat memberi input yang amat berguna kepada Ahli Jawatankuasa Kelab dan Persatuan tentang pentingnya pelajar yang telah dilantik untuk berusaha menaikkan nama kelab dan persatuan yang disertai oleh mereka.
“Jadikan kelab dan persatuan yang kita anggotai sebagai salah satu medium mencurah idea serta platform dalam perkembangan sahsiah dan akademik" tegas beliau.
Selain itu, beliau juga telah mengumumkan mulai Januari 2018, satu Mesyuarat Jawatankuasa Presiden Kelab (MJKP) COB akan dianjurkan setiap 45 hari. Ini bertujuan supaya setiap presiden dapat melaporkan perjalanan projek dan sebarang permasalahan sekiranya ada.
Sementara itu, pengisian utama program berkenaan juga turut membincangkan almanak dan projek yang bakal dilaksanakan oleh setiap kelab dan persatuan pada tahun 2018.
Setiap kelab dan persatuan telah membentangkan cadangan projek berimpak masing–masing dan tiga buah projek telah dilihat berpontensi menjadi sebuah projek berimpak tinggi antaranya ‘CILT Youth Conference’ dari Kelab Logtrans, ‘Young Investor Challenge’ dari kelab BYIC dan ‘Ads – Asia’ dari kelab Pemasaran.
Persaingan yang sihat antara kelab-kelab dan persatuan ini berupaya menggalakkan ahli-ahli untuk mempelbagaikan aktiviti yang menarik dan berimpak tinggi serta berdaya saing selaras dengan Pelan Strategik Universiti iaitu untuk membangunkan pelajar secara holistik.
Sementara itu, dalam ucapan rumusan Dekan PPA COB, Dr. Hendrik berkata, beliau berharap agar program itu bukan sahaja dapat membantu pelajar untuk lebih mahir dalam menguruskan organisasi sesuatu kelab dan persatuan tetapi secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara ahli jawatankuasa kelab/persatuan pelajar, penasihat dan juga pihak pengurusan Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni, UUM COB.
Kursus berkenaan juga diharap mampu melahirkan graduan yang berdaya saing dan berdaya maju apabila memasuki pasaran kerja nanti.
Turut hadir bersama dalam Kursus Pengurusan Organisasi 2018 pada kali ini, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM COB Prof Madya Dr Siti Zubaidah Othman, penasihat-penasihat kelab dan persatuan UUM COB, pegawai dan staf PPA COB.


Tamat

 

Mobile QR Code

mobile qr

Our Location

peta

CAMPUS MAP


peta kampus  peta kampus 2

  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now »
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48