TAKLIMAT PRA - PELEPASAN PELAJAR MOBILITI OUTBOUND UUM COB SESI A171

on . Posted in Latest news

taklimat pra pelepasanPPA COB ONLINE: 01 Ogos 2017 (Selasa), satu taklimat Pra- Pelepasan Program Mobiliti A171 bersama Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business (PPA COB)

telah dijalankan bertujuan bagi memberikan maklumat dan amanat terakhir sebelum pelajar-pelajar mobiliti Outbound UUM COB bertolak ke universiti terpilih.

Taklimat ringkas yang dijalankan selama satu jam itu juga bertujuan menyalurkan maklumat berkaitan persediaan sebelum , semasa dan selepas selesai program. Turut sama dijemput ke taklimat tersebut adalah ibubapa atau penjaga pelajar-pelajar terpilih. Dengan cara menjemput ibu bapa dan penjaga turut serta dalam taklimat ini, PPA COB berharap lebih banyak maklumat dapat disampaikan dan dapat juga mengurangkan kerisauan ibubapa melepaskan anak-anak mereka ke luar negara.

Dr. Hendrik Bin Lamsali, Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business dalam sesi taklimat turut berpesan kepada pelajar supaya menunjukkan contoh yang baik bukan sahaja dari segi sahsiah malahan akademik. Dalam ucapannya Dr, Hendrik menyifatkan pelajar yang terpilih ini merupakan duta besar UUM dan duta kecil Malaysia , oleh itu mereka haruslah menjaga nama baik universiti dan negara serta berusaha mencapai prestasi yang cemerlang.

Diakhir taklimat, beliau turut mengucapkan tahniah kepada pelajar yang terpilih dan berharap akan lebih banyak peluang seperti ini dapat diberikan kepada pelajar khususnya pelajar UUM COB kerana dengan menyertai program mobiliti ini pelajar bukan sahaja berpeluang mempelajari budaya yang berbeza bahkan berpeluang merasai pengalaman suasana pembelajaran yang berbeza.

Turut hadir sama Timbalan Dekan PPA COB Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman dan staf PPA COB.

Habis

  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now »
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48