Dean Messages

dr hendrik
Dr. Hendrik Lamsali

Dean,
Student Development and Alumni
UUM COB

read more

 

Announcements

IAYC2017 PLATFORM MAHASISWA PERAKAUNAN MANTAPKAN ILMU DAN KEMAHIRAN

on . Posted in Latest news

IAYC 2017UUM ONLINE: Kelab Perakaunan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (NOVAC-TISSA) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pelajar Kolej Perniagaan (PPA-COB)

dan TISSA-UUM telah menganjurkan 2nd International Accounting Youth Camp 2017 (IAYC2017) di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 13 hingga 16 Julai lalu.

IAYC merupakan program tahunan NOVAC-TISSA dan merupakan edisi kedua selepas National Accounting Youth Camp 2016 (NAYC2016) yang telah dijalankan pada tahun 2016.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memberi ruang kepada pelajar perakaunan tempatan dan luar negara untuk bersama-sama berkongsi pengalaman bagi memantapkan ilmu dan kemahiran diri sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.

Antara pengisian di dalam program ini ialah siri ceramah dan forum daripada badan professional perakaunan dan syarikat besar perakaunan di dunia.

Di samping itu, para peserta juga berpeluang untuk menyertai pelbagai pertandingan dan pengisian yang telah dirancang seperti Jantzen: Out of Inferno, Dash-UUM, i-Fortune, Audit Game: The Hidden Truth, Cash Flow Game dan CIMA: Risk and Business Strategy Challenge.

IAYC2017 berjaya menarik 150 penyertaan pelajar perakaunan daripada 17 institusi yang terdiri daripada universiti tempatan, politeknik dan universiti luar negara.

Selain pelajar UUM peserta juga terdiri daripada pelajar perakaunan Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Curtin University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), AIMST University, Tunku Abdul Rahman University College (TARC), INTEC College, Politeknik Sultan Azlan Shah, Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Politeknik Kota Kinabalu dan 29 penyertaan daripada pelajar perakaunan Hadyai University, Thailand.

Timbalan Dekan PPA-COB, Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman yang yang mewakili Dekan PPA-COB ketika berucap merasmikan IAYC2017, berharap para peserta dapat menggunakan ruang dan peluang yang ada semasa IAYC2017 untuk memahami dunia professional perakaunan di samping memperkemaskan diri untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan pada masa hadapan.

Perasmian ini juga telah dihadiri oleh Ketua Jabatan Perakaunan dan Pencukaian, Prof. Madya Dr Natrah Saad, yang mewakili Dekan TISSA-UUM.

Program ini mendapat 32 penajaan daripada pelbagai insititusi seperti SUNWAY TES (platinum sponsor), The Association of Chartered Certified Acountants (ACCA)(gold sponsor), UHY LOH Chartered Accountants(gold sponsor), CPA Australia (silver sponsor) dan TelentCorp (Career partner).

Pelbagai institusi lain juga telah memberi pelbagai bentuk sumbangan dalam bentuk kewangan, barangan atau pengisian bagi menjayakan IAYC2017 seperti Malaysian Institute of Accountants (MIA), Jantzen, Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dah Great Eastern.

  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now ยป
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48