Dean Messages

dr hendrik
Dr. Hendrik Lamsali

Dean,
Student Development and Alumni
UUM COB

read more

 

Announcements

MAJLIS INTERAKSI & JAMUAN IFTAR BERSAMA PIMPINAN KELAB/PERSATUAN UUM COB

on . Posted in Latest news

MAJLIS INTERAKSI DAN IFTAR BERSAMA PIMPINAN PELAJAR 2017PPA COB ONLINE: Program Interaksi bersama pemimpin Kelab/Persatuan dan jamuan Iftar PPA UUM COB

telah diadakan pada 8 Jun 2017 (Khamis) bertempat di EDC Hotels & Resorts. Majlis ini bertujuan untuk berinteraksi dengan wakil daripada ahli 15 Kelab/Persatuan serta memberi penghargaan kepada Kelab/Persatuan UUM COB atas usaha dan kerja kuat ahli kelab /persatuan dalam menjayakan tugasan atau projek yang telah dirancang pada 6 bulan pertama bagi tahun 2017.

Dalam ucapan Dekan Pembangunan Pelajar dan Alumni, UUM College of Business (PPA UUM COB), Dr. Hendrik Lamsali, beliau berterima kasih kepada semua persatuan dan kelab di bawah PPA UUM COB kerana telah menunjukkan usaha dalam meningkatkan prestasi program yang dianjurkan. Beliau juga berharap agar program-program selepas ini lebih berdaya saing serta memberi impak yang tinggi selaras dengan objektif penubuhan kelab di bawah setiap Pusat Pengajian.

Bagi memantapkan lagi hala tuju program pelajar, Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman, Timbalan Dekan Pembangunan Pelajar & Alumni, UUM COB merangkap Ketua Unit Aktiviti Pelajar PPA UUM COB telah memberi taklimat dan membuka sesi interaksi bersama pelajar untuk bersama-sama melihat dan menambahbaik program yang bakal dijalankan.

Bagi menyuntik semangat para ahli kelab/persatuan, sijil penghargaan dan sedikit saguhati telah diberikan kepada tiga (3) kelab /persatuan yang bergiat aktif dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan memenuhi KPI yang telah ditetapkan.

Selain itu, penghargaan turut diberikan kepada enam (6) program terbaik di mana keenam-enam program ini merupakan program berimpak tinggi dihasilkan di bawah kategori Wacana Intelek, Keusahawanan, Komuniti dan Kesukarelawan, alam sekitar dan kepimpinan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Penasihat Kelab/Persatuan, kakitangan PPA UUM COB, Wakil Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Perniagaan, AJK Kelab/Persatuan dan pelajar mobility antarabangsa.

Majlis diakhiri dengan jamuan berbuka puasa beramai-ramai di Restoran Sri Beringin, EDC Hotels & Resorts.

NAMA

PEMENANG

Anugerah Kelab Terbaik

NOVAC

HRMC

ECOSA

Anugerah Program Terbaik (Wacana Intelek)

bagi Setengah Tahun Pertama 2017

Kelab Pentadbiran Muamalat (MUADS)

(Forum Perdana Mahasiswa dan Hedonisme:

Nikmat atau Bencana)

Anugerah Program Terbaik (Keusahawanan)

bagi Setengah Tahun Pertama 2017

Kelab Keusahawanan Korporat (ECC)

(Maseh 2.0 Charity Dinner)

Anugerah Program Terbaik (Alam Sekitar)

bagi Setengah Tahun Pertama 2017

Kelab Global Buddies (GBC)

(National Blue Ocean Strategy (NBOS) Volunsharing International Exchange Student 2017)

Anugerah Program Terbaik (Kepimpinan)

bagi Setengah Tahun Pertama 2017

Persatuan Pelajar Ekonomi (ECOSA)

dan

 Kelab Pengurusan Eksekutif (MEC)

(COB Chill Out – IMCEO)

Anugerah Program Terbaik (Komuniti dan Kesukarelawan)

bagi Setengah Tahun Pertama 2017

Kelab Pengurusan Sumber Manusia (HRMC)

(HR Community Engagement 2.0)

  • Email-128 Staff Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    My-Profile-Blue-64 UMIS business user search Search People mybox MyBox myuum MyUUM
    Administrator-Help-64 Service Desk
    credit cart
    Online Payment Ok-64 Online ISO statistic Online Statistics
  • yellow mail Student Mail kaunseling E-Kaunseling webopac WEBOPAC mylab Mylab
    Administrator-Help-64 Service Desk business user search Search People learning Learning Zone myuum MyUUM
       
    mybox
    MyBox statistic Online Statistics    
  • myuum MyUUM kaunseling E-Kaunseling business user search Search People statistic Online Statistics
  • videostream Corporate Video
    by PPAUUMCOB
    watch now ยป
  • uassistEnsure students receive services in a professional manner within the prescribed period

    Operation Hour :
    Sunday to Wednesday :
    9.00am - 4.00pm
    Thursday : 9.00am - 3.00pm 
    Closed :
    Friday, Saturday and
    Public Holidays
  • downloadcob
  • uum iconmygovsirimmyideas

  • Student Development & Alumni Office
    UUM College of Business
    Universiti Utara Malaysia
    06010 UUM Sintok
    Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    hotline: +604-928 6601
    Fax :+604-928 6606
    Email:ppacob[at]uum[dot]edu[dot]my

           




    YouTube-high-detail-48Twitter-high-detail-48google mapFacebook-high-detail-48